Kelas Asas ICT: Microsoft Office Powerpoint (Pantun) dan Tayangan Video KDB Sesi II Disember 2019

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Asas Microsoft Powepoint (Pantun) dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari. Kelas ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang berumur antara 17 hingga 19 tahun. Selain itu, peserta juga terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Power Point 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Power Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara majlis, mesyuarat dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS Power Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali